Jawatan Kosong Pereka Grafik dan Web Programmer


pereka grafik dan laman web
jawatan kosongJawatan Kosongkerja kosongKerja Kosong
jawatan kosong pereka grafikPereka Grafikkerja kosong web programmerWeb Programmer

Kerja Kosong, Jawatan Kosong

Peluang Perniagaan untuk Usahawan Malaysia

Peta Laman

TM Smart Call
Peluang Perniagaan Menarik

Web Design Malaysia, Website Development
(Laman Utama Kami)



Kerja Kosong Pereka Grafik,
Web Programmer

Siapa yang Layak Memohon:

Jawatan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat dan mempunyai kelulusan dan pengalaman kerja yang sesuai. Graduan baru dan graduan menganggur digalakkan memohon, dengan syarat mempunyai kelulusan yang sesuai, diperingkat diploma atau ijazah.

Tugas Utama:

Kami adalah syarikat yang membina laman web secara profesional. Kami wujudkan jawatan tambahan ini kerana meningkatnya kerja kami, akibat bertambahnya pesanan laman web yang kami terima.

Oleh itu, tugas utama pereka grafik/web programmer ialah untuk melakukan kerja-kerja berkaitan dengan membina laman web, diantaranya seperti berikut:

  • reka "web template" yang sesuai dengan industri dan tujuan laman web itu dibina
  • lakukan kerja-kerja design, animasi dan sebagainya, yang diperlukan untuk laman web itu
  • lakukan apa-apa programming yang diperlukan
  • masukkan teks, senarai dan lain-lain yang diperlukan oleh pelanggan
  • lakukan aktiviti-aktiviti "search engine optimization" yang asas (akan diajar)
  • lain-lain tugas berkaitan membina laman web

Selain membina laman web, kami juga membuat logo syarikat, interactive cd dan sebagainya. Sila lihat Laman Web Kami untuk maklumat lanjut.

Kelulusan Minima:

Setiap pemohon hendaklah mempunyai kelulusan yang sesuai dalam bidang design atau web programming atau kedua-duanya sekali. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam kedua-dua bidang. Namun begitu, yang utama ialah tahap kemahiran. Oleh itu, kami akan menerima pereka grafik yang mahir, walau pun tidak mempunyai kebolehan yang tinggi dalam bidang programming.

Cara Memohon:

Untuk memohon jawatan ini, sila hantarkan resume kepada hr@acdra.net dan sertakan:
  • Maklumat peribadi diri (nama, tarikh lahir, alamat dan nombor telefon)
  • sekeping gambar pasport (sertakan dalam resume jika menggunakan MS Word)
  • Kelulusan akademik, termasuk CGPA
  • Projek-projek waktu belajar yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Nyatakan sama ada projek itu dilakukan secara sendirian atau secara kumpulan.
  • URL kepada mana-mana projek berkaitan yang dilakukan sendirian.
  • Pengalaman kerja, jika ada
  • Senarai perisian dan tahap kemahiran dalam setiap perisian itu
  • Gaji yang diminta
  • Tarikh boleh mula kerja

Untuk memohon jawatan kosong ini, emelkan maklumat di atas kepada hr@acdra.net

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

kerja kosong SEO Web Design by ACDRA Sdn Bhd Peluang Perniagaan TMBP


eXTReMe Tracker