Senarai Dokumen Sokongan
Permohonan ePerolehan Malaysia

Proses Permohonan ePerolehan Malaysia

Pendaftaran ePerolehan adalah wajib bagi mana-mana pertubuhan atau syarikat yang ingin menjadi pembekal atau perunding kepada Kerajaan Malaysia.

Penggunaan ePerolehan sedang dilaksanakan secara berperingkat oleh jabatan dan agensi Kerajaan, dan menunggu masa sahaja untuk dilaksanakan sepenuhnya. Ini bermakna bahawa syarikat yang tidak berdaftar melalui ePerolehan tidak lagi akan dapat berurusan dengan Kerajaan sebagai pembekal atau perunding.

Lima langkah mudah diperlukan bagi pendaftaran sebagai pembekal atau perunding Kerajaan yang "ePerolehan enabled":

  1. Mendaftar dengan Kementerian Kewangan melalui sistem ePerolehan
  2. Mendapatkan kad pintar
  3. Menyediakan peralatan, termasuk pembaca kad pintar, komputer dan kemudahan internet
  4. Menyediakan katalog produk atau perkhidmatan melalui sistem eKatalog
  5. Menyertai kursus seperti Pembelian Terus, Mencipta Katalog, Sebutharga dan Tender dan sebagainya, mengikut keperluan

Dokumen Sokongan Permohonan ePerolehan Malaysia

Beberapa dokumen sokongan perlu diserahkan untuk melengkapkan permohonan ePerolehan. Jenis dokumen yang diperlukan bergantung kepada bentuk perniagaan. Untuk mendapatkan senarai dokumen yang diperlukan, sila pilih salah satu link berikut.

1. Dokumen dari Pembekal

2. Dokumen dari Perunding


ACDRA Sdn Bhd boleh membantu dalam proses permohonan pendaftaran ePerolehan, pembelian kad pintar dan pembangunan eKatalog, dengan harga yang sangat berpatutan. Hanya serahkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bersama imej dan maklumat produk, dan kami akan uruskan pendaftaran ePerolehan, permohonan kad pintar dan pembangunan eKatalog.

Kami juga boleh membantu dalam permohonan Streamyx dan pembelian pembaca kad pintar, jika diperlukan.


Copyright © 2006 ACDRA Sdn Bhd; Design by Nicolas Fafchamps