Senarai Dokumen Perunding Perseorangan/Perkongsian
Berikut ialah senarai dokumen yang perlu diserahkan bersama permohonan pendaftaran ePerolehan Kerajaan bagi perniagaan Perseorangan atau Perkongsian, bagi kategori "Perunding":
- Peta lakar lokasi pejabat (untuk taraf "Bumiputera")
- Borang penyata pengesahan caruman KWSP (Borang A)
- Borang pengisytiharan ePerolehan yang lengkap dan ditandatangani
- Salinan penyata bank untuk 3 bulan terakhir dan lain-lain kemudahan kewangan
- Resolusi Pengarah/Pemilik mengenai penandatangan cek syarikat
- Salinan Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat yang telah disetem
- Resit sewa pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat
- Dokumen Hak Milik, atau perjanjian sewabeli/pinjaman bagi lori, kenderaan, kapal atau peralatan (sekiranya ada)
- Surat perlantikan pekerja dan sijil tertinggi
- Maklumat pendaftaran dengan lembaga iktisas
- Nama lembaga iktisas dan Nombor Pendaftaran
Maklumat semua pemegang saham syarikat
- Nama, jawatan dalam syarikat, tempat lahir dan alamat kediaman
- Pekerjaan sebenar, jawatan, alamat tempat kerja dan lama bekerja
Maklumat CEO, Pengurus dan staf
- Nama, no KWSP, no KP lama, no KP baru, jawatan dan lama bekerja
- Pekerjaan sebenar, jawatan, alamat tempat kerja dan lama bekerja
Maklumat Akaun Bank Syarikat
- Nama bank, Nombor akaun, Cawangan, Alamat
Maklumat Pembuat/Pemasang
- Jenis barangan, jenama, pengeluaran sebulan dan unit pengeluaran
Nombor rujukan Cukai Pendapatan
Maklumat penglibatan perolehan Kerajaan
- Tajuk, kaedah perolehan, nilai kontrak, tempoh kontrak Kementerian, badan berkanun atau persendirian yang terlibat
- Jenis perkhidmatan yang disediakan
ACDRA Sdn Bhd boleh membantu dalam proses permohonan pendaftaran ePerolehan, pembelian kad pintar dan pembangunan eKatalog, dengan harga yang sangat berpatutan. Hanya serahkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bersama imej dan maklumat produk, dan kami akan uruskan pendaftaran ePerolehan, permohonan kad pintar dan pembangunan eKatalog.
Kami juga boleh membantu dalam permohonan Streamyx dan pembelian pembaca kad pintar, jika diperlukan.