Pinjaman Peribadi - Laporan Kredit CCRIS

CCRIS untuk pinjaman peribadi swasta dan kerajaan
pembiayaan peribadiNilai Pembiayaan sehingga RM50,000kadar faedah rendahKadar Faedah Rendah
bayaran balik 3 tahunTanpa cagarankelayakan mudahKelayakan Mudah

Pinjaman Peribadi

Laporan Kredit CCRIS

Hubungi Kami

Mendapatkan Laporan Kredit Bank Negara

Sekiranya anda berada di Lembah Kelang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching, anda boleh mendapatkan laporan kredit dari cawangan-cawangan Bank Negara Malaysia di kawasan tersebut.

Cawangan-cawangan Bank Negara Malaysia beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi - 5.00 petang (tutup waktu makan tengah hari dari 1.00pm - 2.00pm kecuali hari Jumaat dari 12.30pm - 2.30pm) kecuali pada cuti umum.

Sila bawa bersama-sama MyKad dan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu atau pasport, yang boleh mengesahkan identiti anda. Laporan kredit akan diberikan kepada anda di BNMLINK atau mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia selepas permohonan diterima pada hari yang sama.

Sekiranya anda bukan dari Lembah Kelang atau jauh dari cawangan-cawangan Bank Negara Malaysia, anda boleh memohon laporan kredit dengan melengkapi dan menghantar dokumen berikut kepada kami:

  • Borang Permohonan Laporan Kredit (Credit Report Request, CRR);
  • Borang Perisytiharan Pinjaman;
  • Salinan MyKad anda yang jelas (depan dan belakang); dan
  • Mana-mana dua dokumen berikut (dengan nama dan alamat anda jelas tertera pada setiap dokumen):
    • Lesen memandu;
    • Pasport;
    • Bil air;
    • Bil elektrik; atau
    • Bil telefon.

      Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak mempunyai dokumen di atas, anda boleh mengemukakan mana-mana dokumen berikut:

    • Penyata akaun bank;
    • Penyata kad kredit; atau
    • Penyata KWSP.

Gunakan borang ini untuk mendapatkan laporan kredit dari cawangan-cawangan Bank Negara Malaysia.

Sila hantar borang yang telah dilengkapi berserta dokumen sokongan melalui pos atau faksimili kepada:

BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
Peti Surat 10922
50929 Kuala Lumpur
No. Faks: +603 2174 1515

pegun ACDRA Sdn Bhd Peluang Perniagaan PKUT


eXTReMe Tracker
Best Malaysian Sites
Malaysian
 Topsites - Top Malaysian Web Sites