Streamyx dan eVoice:
Contoh Pendapatan


reseller streamyx dan evoice
evoice mengatasi unit trustModal yang rendahperniagaaan streamyx menguntungkanPendapatan yang tinggi
perniagaan evoice menguntungkanBeroperasi dari rumahreseller streamyxTidak memerlukan kepakaran teknikal

Peluang Perniagaan untuk Usahawan Malaysia

Suasana Pasaran Telekomunikasi

Senarai Produk PKUT

Dua Peringkat Usahawan

Contoh Pendapatan

Jawatan Kosong

Peta Laman

Streamyx

Streamyx Promotion

TM Smart Call
Peluang Perniagaan Menarik

Website Design, Web Development
(Laman Utama Kami)


Perniagaan Ikan Bilis



Postnatal Care
(Perniagaan Rakyat
Malaysia di London)

Contoh pendapatan dari Streamyx

Perniagaan ini telah terbukti memberikan pulangan yang lumayan bagi mereka yang sanggup berusaha.

Berikut satu contoh pendapatan usahawan, dengan menggunakan hanya satu produk sahaja, iaitu Streamyx.

Bagi streamyx, reseller menerima komisyen sebanyak 130% dari sewa sebulan, sementara distributor menerima komisyen bersamaan dengan 150% sewa sebulan (sekali bayaran sahaja). Jadi, jika pelanggan memasang streamyx pada kadar RM99 sebulan dari reseller, reseller itu akan menerima komisyen sebanyak 130% daripada RM99 = RM128.70 dan distributor akan menerima RM19.80 (sekali bayaran sahaja).

Ramai usahawan PKUT yang mendapat antara 300 hingga 500 pesanan streamyx sebulan, setiap bulan. Ada juga yang mendapat lebih dari ini, biasanya dengan melantik beberapa orang agen (masih ramai rakyat Malaysia yang sedang menganggur. Mereka boleh dijadikan agen jualan, dan dibayar komisyen yang sesuai).

Tapi, bagi contoh ini, kita cuma akan menggunakan 100 pesanan streamyx setiap bulan sahaja, pada kadar sewa RM99 sebulan, mendatangkan jumlah pendapatan 100 x RM99 = RM9,900 sebulan.

Pendapatan Reseller: RM9,900 x 130% = RM12,870 sebulan, atau RM154,440 setahun.

Untuk menjadi reseller, anda memerlukan modal sebanyak RM4,880 (termasuk Yuran Pengurusan sebanyak RM820).

Sekiranya "reseller" diganti dengan "distributor" dalam contoh diatas, maka pendapatannya (pendapatan distributor) ialah RM14,850 sebulan, atau RM178,200 setahun.

Setiap distributor akan mencari reseller. Jika distributor mempunyai 5 orang reseller yang menjual streamyx seperti contoh diatas, maka distributor itu akan mendapat tambahan RM1,980 x 5 = RM9,900 sebulan, atau RM118,800 setahun. Oleh itu, pendapatan distributor dalam contoh diatas ialah RM178,200 (komisyen sendiri) + RM118,800 (komisyen keatas jualan oleh 5 reseller) = RM297,000 setahun.

Untuk menjadi distributor, anda memerlukan modal sebanyak RM15,800 (tunai) atau RM16,800 (RM6,800 tunai + RM10,000 pinjaman MARA). Ini termasuk Yuran Pengurusan sebanyak RM2,400.

Jangan lepaskan peluang perniagaan ini.
Klik disini untuk maklumat lanjut

Contoh pendapatan dari eVoice

eVoice merupakan sistem talian tetap yang menggunakan internet. Penggunaan internet dapat mengurangkan kos, dan ini membolehkan Telekom Malaysia mengenakan caj yang lebih rendah kepada pengguna. eVoice dapat mengurangkan caj telefon talian tetap sehingga lebih dari 50%. Maksudnya, kalau pada hari ini sebuah syarikat menerima bil telefon sebanyak RM5,000 sebulan, dengan eVoice bil itu boleh dikurangkan kepada RM2,500 (atau kurang dari itu).

Distributor dan Reseller PKUT berpeluang membantu syarikat-syarikat Malaysia mengurangkan caj panggilan telefon mereka, disamping dibayar komisyen selagi syarikat-syarikat itu terus menggunakan eVoice.

Bayaran yang diperolehi oleh Distributor dan Reseller bergantung kepada nilai terkumpul bil pelanggan. Contohnya, jika tiga pelanggan masing-masing mempunyai bil bernilai RM2,000 sebulan, nilai bil terkumpul ialah RM6,000. Komisyen dibayar kepada usahawan mengikut jadual berikut:

Nilai bil
terkumpul (RM)
Distributor (%)
Reseller (%)
0 - 500,000
5
4
500,001 - 1,000,000
6
5
lebih dari RM1,000,001
7
6

Distributor juga dibayar 1% daripada nilai bil terkumpul reseller.

Contoh

Katakanlah seorang distributor mempunyai 5 orang reseller. Setelah berusaha bagi jangka waktu tertentu, distributor dan setiap reseller itu telah berjaya mengumpulkan nilai bil eVoice terkumpul sebanyak RM200,000 setiap seorang.

Bayaran komisyen yang akan diterima ialah seperti berikut:

a) Setiap Reseller: 4% daripada RM200,000 = RM8,000 setiap bulan, atau RM96,000 setahun.

b)Distributor akan dibayar dari nilai terkumpul bil pelanggan-pelanggannya sendiri dan juga dari nilai terkumpul bil pelanggan-pelanggan reseller.

  • Dari pelanggan sendiri: 5% daripada RM200,000 = RM10,000 setiap bulan
  • Dari pelanggan reseller: 1% daripada RM200,000 x 5 reseller = RM10,000 setiap bulan
  • Jumlah komisyen distributor: RM10,000 + RM10,000 = RM20,000 sebulan setiap bulan, atau RM240,000 setahun..

Bayaran komisyen diatas akan diterima setiap bulan selagi pelanggan-pelanggan mereka menggunakan e-Voice.

Sebagai perbandingan, seorang agen saham amanah (unit trust) hanya akan dibayar sekali sahaja bagi pelaburan yang berjaya mereka kumpulkan, pada kadar komisyen yang lebih rendah. Seorang agen insuran pula akan dibayar selama hanya beberapa tahun, pada kadar yang kian berkurangan, keatas premium yang berjaya mereka kumpulkan. Tetapi bagi eVoice, bukan saja kita mengurangkan kos kepada pengguna, tetapi kita juga boleh menerima bayaran komisyen setiap bulan walau pun kita tidak lagi menjalankan perniagaan!

Jangan lepaskan peluang perniagaan ini.
KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Kami tidak menjanjikan bahawa setiap distributor atau reseller akan menikmati pendapatan seperti yang ditunjukkan dalam contoh diatas. Pendapatan sebenar seseorang distributor atau reseller bergantung kepada usaha dan rezeki masing-masing.

pendapatan Website Development by ACDRA Sdn Bhd SEO Malaysia Peluang Perniagaan PKUT


eXTReMe Tracker
Best Malaysian Sites
Malaysian
 Topsites - Top Malaysian Web Sites