Peluang Perniagaan
untuk
Usahawan Malaysia
acdra usahawan bumiputera
peluang perniagaan di rumahSesuai untuk graduan menganggurpeluang perniagaan berpotensiPulangan yang tinggi
peluang perniagaan modal rendahModal yang Rendahpeluang perniagaan mudahTidak memerlukan kepakaran teknikal

Peluang Perniagaan untuk Usahawan Malaysia

Suasana Pasaran PKUT

Senarai Produk PKUT

Dua Peluang Menjadi Usahawan PKUT

Contoh Pendapatan

Jawatan Kosong

TMNet Streamyx Online

Agen/Wakil Jualan
TM Smart Call


Peta Laman

Ikan Bilis

PKUT: Peluang Perniagaan & Suasana Pasaran

Permintaan untuk barangan telekomunikasi kian lama kian meningkat dan akan terus meningkat. Masa depan akan menyaksikan:

  • Lebih ramai pengguna streamyx dan internet

    Internet semakin diterima oleh masyarakat sebagai sumber utama untuk mendapatkan pengetahuan dalam berbagai bidang. Pelajar-pelajar sekolah pun semakin ramai yang menggunakan internet untuk menyiapkan kerja sekolah dan menambah ilmu pengetahuan, sambil berpeluang pula untuk mencari kenalan baru.

    Golongan remaja bukan saja menggunakan Internet untuk membantu mereka dalam menjalankan tugas, tetapi juga berpeluang untuk mencari kenalan baru, bertukar-tukar pendapat melalui laman perbincangan, dan sebagainya.

  • Lebih ramai pengguna telefon bimbit

    Pengguna telefon bimbit kian meningkat. Semakin ramai rakyat negara ini yang menganggap telefon bimbit sebagai keperluan.

  • Lebih ramai pengguna telefon talian tetap

    Peningkatan bilangan penduduk, keinginan melayari internet dan pertambahan bilangan syarikat perniagaan adalah antara punca bertambahnya bilangan pengguna talian telefon tetap.

  • Lebih ramai peniaga yang akan mengiklan melalui laman web

    Internet kian disedari oleh orang awam sebagai sumber rujukan yang penting. Syarikat perniagaan pula menyedari bahawa Internet kini digunakan oleh orang ramai sebagai media yang penting untuk mencari maklumat, dan "yellow pages" sudah kurang digunakan. Kos pengiklanan dalam laman web juga adalah diantara yang termurah berbanding pengiklanan cara lain.

  • Kerajaan menggalakkan graduan menganggur untuk berniaga

    Sebagai contoh, MARA dan Dewan Perniagaan Melayu telah memperkenalkan dua peluang perniagaan, ia itu CEO Strategic Incubator (CSI) dan Program Khas Usahawan Telekomunikasi (PKUT). Kedua-dua program ini bertujuan untuk menyediakan peluang kerjaya, sekali gus mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan Bumiputera.

Keadaan ini menjanjikan peluang perniagaan yang cukup baik kepada usahawan yang merebutnya, terutamanya bumiputera, termasuk yang bekerja sambilan, yang cari peluang kerja di rumah atau.yang berniaga secara sepenuh masa.

Dikalangan usahawan yang menyertai program ini, sudah ada beberapa orang yang mendapat pendapatan bulanan 5 angka walau pun baru menyertai program ini beberapa bulan yang lalu. Ramai diantara usahawan-usahawan ini yang melantik beberapa orang individu sebagai agen atau wakil jualan yang dibayar komisyen. Cara ini bukan saja mendatangkan hasil kepada usahawan, tetapi juga mengurangkan pengangguran.

SASARAN PKUT
10
Usahawan berpendapatan lebih RM100,000 sebulan
50
Usahawan berpendapatan RM30,000 - RM100,000 sebulan
200
Usahawan berpendapatan RM10,000 - RM30,000 sebulan

Dengan adanya sokongan yang diberikan oleh Kerajaan melalui MARA, sokongan padu dari Dewan Perniagaan Melayu dan kerjasama dari TMnet, Program Khas Usahawan Telekomunikasi ini wajar dipertimbangkan oleh mana-mana individu yang berhasrat untuk menjadi usahawan, atau oleh usahawan yang ingin mempelbagaikan bidang niaga mereka.

Hampir segala yang diperlukan telah pun disediakan: kursus keusahawanan oleh MARA, modal pinjaman dari MARA, kursus kemahiran produk dari Faratech dan TMNet, tunjuk-ajar oleh usahawan yang telah menyertai program ini lebih awal, dan sebagainya. Yang diperlukan untuk berjaya dalam program ini hanyalah usaha gigih dari usahawan sendiri.

peluang perniagaan PKUT ACDRA - Web Design Malaysia peluang produk




eXTReMe Tracker